JANUARI 2024

Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Dari Universiti Teknologi Mara (UITM)


KUCHING, 4 Jan - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg terima kunjungan hormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose di di pejabatnya, hari ini. 

Kunjunga tersebut berkenaan dengan beberapa perkara berkaitan dengan rancangan pembangunan jangka pendek dan panjang Kerajaan Sarawak dalam pembangunan ekonomi dan sosial dan juga penyelidikan alga sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, Timbalan Pegawai Undang-Undang UiTM Rasanubari Asmaramah Said, Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Madya ChM Dr Mohd Isa Mohamadin, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof Madya Dr Saimi Bujang dan Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri) UiTM Cawangan Sarawak Prof Madya Dr Juferi Idris.

Sumber dari : Sarawakku